Visa

Kaedah pembayaran merupakan antara aspek terpenting dalam setiap proses transaksi perbankan, sama ada transaksi jualan, pembelian, ataupun proses deposit dan pengeluaran dalam perjudian kasino online.

BK8
288% “Dah BK8 Ke?” Bonus Selamat Datang
12 Play
Bonus Selamat Datang 100% Sehingga MYR588
we88
Bonus Selamat Datang 100% Sehingga MYR 500

Oleh itu, platform pembayaran terbaik mestilah memberikan perkhidmatan yang pantas dengan kadar segera dan tentunya selamat dalam setiap proses transaksi yang dilakukan. 

Di Malaysia, kad debit merupakan salah satu kaedah pembayaran yang masih menjadi pilihan ramai walaupun diluar sana banyak bermunculan kaedah-kaedah pembayaran baru berasaskan internet seperti e-dompet, kad prabayar, dan lain sebagainya.

Pada artikel ini, kami akan mengulas lebih mendalam kad debit paling popular dan diterima pakai secara meluas di tapak-tapak web kasino online di Malaysia.

Apa itu Visa?

Visa Inc. atau hanya dikenali sebagai Visa sahaja adalah syarikat perkhidmatan kewangan global asal Amerika Syarikat yang menjadi salah satu syarikat yang memiliki perkhidmatan urus niaga menggunakan kad terbesar di dunia. 

Perkhidmatan kad Visa merangkumi kad kredit, debit, dan kad prabayar. Pada asasnya, Visa tidak mengeluarkan kad sendiri, ia bekerjasama dengan institusi kewangan atau bank tempatan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan menggunakan jenama Visa.

Visa telah diterima pakai secara meluas di seluruh dunia ketika ini, Dan sesiapa saja pemegang kad Visa, sama ada pengguna mahupun peniaga di seluruh dunia boleh melakukan urus niaga dalam banyak mata wang secara elektronik dengan mudah, selamat, serta dengan kadar segera.

Oleh itu, tidak hairan apabila hampir semua tapak web kasino online di Malaysia menggunakan Visa sebagai salah satu kaedah pembayaran yang boleh dipercayai, selamat dan terjamin. Selain itu, kebanyakan tapak web kasino dalam talian di Malaysia juga menawarkan program promosi dan bonus yang menarik untuk pelanggan yang bertransaksi menggunakan kad debit Visa sebagai kaedah pembayaran.

Cara Mendepositkan Dan Mengeluarkan Dana Dengan Visa

Menggunakan Visa adalah mudah, Untuk membuat deposit menggunakan Visa pada judi kasino mudah alih, langkah pertama adalah pergi ke bahagian pembayaran kasino untuk memilih kaedah pembayaran. Pilih Visa, kemudian masukkan butiran kad Visa anda, seperti nombor kad, tarikh luput, CVV (kod keselamatan), dan nama anda bersama-sama dengan jumlah deposit. Kemasukan tunai menggunakan Visa adalah sangat pantas dan serta merta.

Sedangkan untuk pengeluaran menggunakan Visa pula, ia mengambil masa 1-5 hari perniagaan. Tetapi perlu anda perhatikan, bahawa nama pada akaun anda mestilah sama pada kedua-dua proses transaksi, sama ada deposit atau pengeluaran. Jika anda gagal berbuat sedemikian, proses pengeluaran anda akan ditolak.

Jenis-jenis Kad Visa

Visa telah diakui sebagai kaedah pembayaran global yang menggunakan kad sebagai instrumen pembayaran yang selamat dan boleh dipercayai, ia telah digunakan secara meluas di lebih dari 200 negara di dunia dengan berbilion transaksi setiap tahunnya. Berikut ini adalah beberapa jenis kad yang merupakan produk keluaran Visa.

  • Kad debit Visa : adalah kad pembayaran elektronik yang dikeluarkan oleh bank tempatan yang bekerjasama dengan Visa. Ia dapat digunakan untuk transaksi tunai elektronik, seperti membeli belah, membuat pengeluaran, dan juga membuat deposit pada tapak web kasino online.
  • Kad kredit Visa : adalah kad pembayaran yang membolehkan pelanggan melakukan transaksi kewangan terlebih dahulu yang kemudiannya dibayar secara ansuran kepada bank. Untuk mendapatkan kad kredit Visa, pelanggan mesti membuat permohonan kad kredit kepada bank yang bekerjasama dengan Visa.
  • Kad Prabayar Visa : adalah kad yang boleh digunakan untuk transaksi kewangan dengan dana yang anda telah masukkan ke dalam kad terlebih dahulu. Kad prabayar diterima sebagai kaedah pembayaran pada premis, kedai, atau transaksi kewangan dalam talian lainnya yang menerima Visa.

Alternatif Kepada Visa

Seperti yang kami ulas diatas tadi bahawa Visa merupakan kad debit yang menjadi pilihan ramai penjudi dalam talian di Malaysia untuk bertransaksi pada kasino online. Tetapi, kepada anda yang bukan pemegang kad Visa, jangan risau, diluar sana banyak kaedah pembayaran elektronik selain Visa yang dapat anda gunakan untuk transaksi pada tapak web kasino dalam talian, seperti MasterCard, PayPal dan Skrill, dan mata wang kripto.

  • MasterCard : adalah salah satu kaedah pembayaran elektronik menggunakan kad kredit. Kad kredit MasterCard juga diterima pakai secara meluas sebagai kaedah pembayaran di seluruh dunia.
  • Paypal : adalah jenama e-dompet antarabangsa yang membolehkan pengguna melakukan transaksi kewangan elektronik, serta melakukan penghantaran atau pemindahan wang dengan lebih dari 25 mata wang berbeza diseluruh dunia.
  • Skrill : adalah satu lagi e-dompet popular yang memberikan perkhidmatan kewangan dalam talian di seluruh dunia. Ia juga digunakan secara meluas di hampir semua tapak web kasino online.
  • Mata wang kripto : ialah aset digital atau juga dikenali sebagai mata wang digital yang dapat digunakan sebagai kaedah pembayaran dalam talian. Mata wang kripto, seperti Bitcoin, Ethereum, Binance, Ripple, dan lainnya telah diterima pakai sebagai kaedah pembayaran di banyak tapak web kasino online di seluruh dunia.

Langkah-langkah Keselamatan Visa

Banyak faktor yang menentukan sama ada kasino online itu selamat dan boleh dipercayai. Antara perkara paling penting ialah memastikan bahawa transaksi kewangan anda menggunakan Visa pada tapak web kasino adalah selamat. Oleh itu, pastikan bahawa tapak web kasino pilihan anda memiliki lesen perjudian yang sah daripada badan pengawal selia perjudian yang diiktiraf. 

Tapak kasino yang menyokong Visa sebagai kaedah pembayaran mestilah memiliki ciri-ciri pengesahan dua faktor dan perlindungan penipuan tambahan. Selain itu, juga melakukan langkah keselamatan untuk memastikan urus niaga yang selamat dan telus dengan mengutamakan keselamatan yang menggabungkan langkah-langkah seperti penyulitan SSL dan perlindungan di sebalik tembok api dalam memproses dan menyimpan data peribadi pelanggan.

Setelah semua ciri-ciri keselamatan sistem dan data pada tapak web kasino telah menepati piawaian, dapat dipastikan ia selamat dan boleh dipercayai dan anda boleh bermain kasino pada tapak web kasino online pilihan anda tanpa perlu risau akan keselamatan dana dan maklumat peribadi anda.

Bonus Untuk Pemain di Kasino Visa

Bonus dan promosi pada kasino yang menyokong Visa sebagai kaedah pembayaran tidaklah jauh berbeza dengan bonus-bonus yang biasa anda temui pada mana-mana tapak kasino Bitcoin dalam talian lainnya. Bonus pusingan percuma, bonus padanan deposit, dan bonus tanpa taruhan adalah antara bonus-bonus yang boleh anda tuntut apabila melakukan transaksi menggunakan kad Visa sebagai kaedah pembayaran.

Di bawah ini adalah beberapa jenis bonus payment kasino Visa yang anda boleh temui di tapak web kasino Visa dalam talian.

  • Bonus Selamat Datang : adalah bentuk bonus alu-aluan yang dapat dengan mudah anda temui pada hampir semua tapak judi online Malaysia. Bonus ini datang dengan pelbagai bentuk, seperti bonus tanpa taruhan, bonus tanpa deposit, dan banyak lagi.
  • Bonus Padanan Deposit : Adalah bonus dari peratusan jumlah deposit yang dibuat pemain, biasanya 50-100%. Perlu diketahui bahawa sesetengah kasino mungkin menetapkan had deposit maksimum untuk beberapa platform pembayaran yang disokong. tetapi untuk pengguna Visa, had maksimum deposit adalah lebih tinggi, oleh itu bonus yang didapatkan pemain juga semakin tinggi.
  • Bonus Pusingan Percuma : Adalah bonus kasino online yang paling popular terutamanya untuk pemain slot. Pusingan percuma memberi anda peluang untuk memutar gulungan permainan slot dan memenangi wang sebenar tanpa mempertaruhkan sebarang wang tunai anda sendiri. Kasino dalam talian Visa sering menawarkan bonus putaran percuma sebagai satu bentuk bonus selamat datang.

Kaedah Pembayaran Visa Di Kasino Mudah Alih

Tidak kisah jenis permainan kasino apa yang anda gemari, sama ada kasino fizikal, kasino online ataupun kasino mudah alih, Visa adalah cara yang sangat selamat untuk membuat pengeluaran atau mendepositkan wang di kasino dalam talian, sama ada dengan kad debit, kad kredit atau kad prabayar mereka.

Kasino Langsung Dengan Kemampuan Membayar Dengan Visa

Pasukan pakar kami mendapati bahawa sebilangan besar kasino peniaga langsung dalam talian di Malaysia telah menerima Visa sebagai kaedah pembayaran untuk proses deposit mahupun pengeluaran sama sebagaimana pada tapak-tapak web dalam talian di Malaysia lainnya.

Oleh itu, tiada keraguan didalamnya, apapun permainan kasino kegemaran anda, sama ada permainan kasino Bitcoin ataupun kasino peniaga langsung, Visa diterima dan diakui sebagai kaedah pembayaran yang dihormati, selamat, dan boleh dipercayai.

Untuk pendepositan pada kasino peniaga langsung menggunakan kad debit Visa amatlah mudah, pantas dan segera, bahkan tiada sebarang bayaran dikenakan. Tetapi sekiranya anda adalah pengguna kad kredit Visa, mungkin beberapa tapak web kasino peniaga langsung tidak menyokong penggunaan kad kredit Visa sebagai laluan pembayaran. Ini kerana, ianya berkait rapat dengan undang-undang di sesetengah negara termasuk Malaysia.

Walaupun begitu, anda tidak perlu risau, ini kerana masih banyak alternatif lain kaedah pembayaran yang diterima secara luas di Malaysia untuk membuat pendepositan pada tapak kasino peniaga langsung.

Kelebihan dan kekurangan visa

Salah satu kelebihan menggunakan kad Visa adalah betapa ia digunakan secara meluas di seluruh dunia. Kemanapun anda pergi di dunia ini, anda akan dapat menemukan dengan mudah premis mahupun kedai yang menerima Visa sebagai kaedah pembayaran. Oleh itu, memiliki salah satu kad Visa membolehkan anda melakukan transaksi duit online tanpa sebarang kerumitan.

Walaupun penggunaannya meluas dan ciri-ciri keselamatan yang canggih, Visa juga memiliki beberapa kekurangan. Berikut adalah beberapa kelebihan dan kekurangan Visa.

Kelebihan : 

  • Diterima secara meluas di seluruh dunia.
  • Langkah-langkah keselamatan terbaik untuk pembayaran dalam talian.
  • Pasukan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan pantas.
  • Memiliki sistem ganjaran.

Kekurangan :

  • Pengeluaran yang lambat, 1-5 hari perniagaan.
  • Beberapa kasino mengenakan bayaran untuk pengeluaran.

Kesimpulan

Visa adalah perkhidmatan pembayaran global yang terkemuka yang dihormati di seluruh dunia. Setiap tahun, berbilion transaksi kewangan di seluruh dunia dilakukan menggunakan kad Visa. 

Visa juga merupakan kaedah pembayaran untuk deposit dan pengeluaran duit yang diterima pakai secara meluas pada hampir semua rangkaian industri perjudian yang merangkumi kasino fizikal dan kasino online di seluruh dunia. Selain itu, banyak pengendali judi kasino diluar sana yang menawarkan program promosi dan bonus kepada pelanggan yang menggunakan Visa sebagai laluan pembayaran mereka.

Sebagai tambahan, sekiranya anda adalah pengguna kad kredit Visa, adalah lebih selamat menggunakan wang dari akaun anda sendiri daripada menggunakan kemudahan kredit untuk tujuan perjudian. Berjudilah hanya sebanyak wang yang anda mampu untuk kehilangan.

Soalan Lazim

Adakah deposit dan pengeluaran dengan Visa?

Tentu saja, Visa adalah perkhidmatan kewangan global yang sepenuhnya mematuhi piawaian keselamatan yang diiktiraf. Ia adalah selamat dan boleh dipercayai.

Adakah semua kasino dalam talian menerima Visa?

Ya, hampir semua tapak web kasino online di Malaysia dan bahkan di dunia menerima Visa sebagai kaedah pembayaran

Adakah terdapat bayaran untuk deposit dan pengeluaran menggunakan Visa?

Ringkasnya, Visa tidak mengenakan sebarang bayaran untuk deposit mahupun pengeluaran. Jika terdapat bayaran yang dikenakan, ianya berasal dari kasino judi dalam talian yang menyokong Visa sebagai kaedah pembayaran. Tetapi sangat jarang melihat kasino mengenakan bayaran untuk mendepositkan dana.

Adakah Visa berfungsi di Malaysia?

Ya, Visa merupakan perkhidmatan kewangan berasaskan kad yang digunakan secara meluas di Malaysia. Anda dapat menemukan logo Visa pada hampir semua kad debit/kredit yang dikeluarkan oleh bank tempatan.

Berapa cepat saya membuat deposit dan pengeluaran menggunakan Visa?

Membuat deposit menggunakan Visa sangatlah pantas dengan kadar segera, manakala untuk pengeluaran pula, Visa memerlukan 1-5 hari perniagaan untuk dana sampai ke akaun anda.